Resepi-resepi Istimewa Perlu Di Kongsi Bersama

Resepi-resepi dari seluruh Malaysia. Pelbagai kategori seperti pencuci mulut, minuman, ayam, daging, mee dan sebagainya. Kecur air liur membayangkannya.. cuba la resepi ini sendiri..

Resepi : Biskut Gajus

Bahan-Bahan:

2 biji merah telur, 1 putih

250 gm gula halus

350 gm mentega

640 gm tepung gandum 200 gm biji gajus

½ sudu kecil serbuk penaik

Sedikit vanila

Cara:

Campurkan telur, vanila, serbuk penaik, kacau rata. Masukkan mentega, dikacau rata. Kemudian masukkan gula, setelah rata masukkan tepung. Uli sekejap lalu dibentuk seperti buah gajus. Bakar.

Tambahan:

Buah gajus tinggal separuh, separuh ditumbuk masukkan ke dalam adunan. Sebahagian yang tinggal ditaruh kepada biskut.

Leave a Comment

Resepi Kek Batik

Kek Batik

Bahan-Bahan:
1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar.
4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.

Cadangan Hidangan:
1. Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam.
2. Boleh ditabur dengan conlat rice atau coklat chips atau colourful rice untuk hiasan.

Anda Mungkin Berminat Tentang ini:

Leave a Comment